Pages

Subscribe:

Followers

Tuesday 19 July 2011

SENARAI RANKING BLOG POLITIK DI MALAYSIA.


Dibawah ni ialah senarai penuh ranking blog politik di malaysia.


Sumber
So,macam mana..blog mana yang hampa suka?huhu..

Tuesday 21 June 2011

KHASIAT BUAH EPAL MERAH



1) Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena danfitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

2) Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikalbebas serta boleh melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki
tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga boleh melembapkan kulit yang kering.

3) Dalam pada itu, fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah drpd tersumbat (penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang selkanser
daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.

4) TIP PENTING!!! jgn biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia bolehmenyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik shj epal dipotong.

5) Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalammembantu proses mengawal berat badan. Serat boleh melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat
memberikan kita tenaga.

6) Berita baik!! kandungan kolestrol dan lemak tidak terdapat dalam epal. So, sesiapa yang hendak berdiet, epal sesuai menjadi snek yang terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan

Saturday 18 June 2011

KHASIAT BUAH EPAL HIJAU


1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Membantu kesihatan membran paru-paru.

4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

6. Membantu mengekalkan berat badan.

7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.

8. Mengurangkan risiko barah.

9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama-sama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman,kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan inidapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan 
seketika dalamair batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka danbiarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkanselalu boleh melicinkan kulit muka